Tiga daerah di Terengganu berisiko menerima tempias Taufan Noru yang kini dilaporkan di utara Filipina dan dijangka bergerak menuju ke Vietnam.<br /><br />Implikasi taufan itu juga berkemungkinan menyebabkan kawasan Kuala Nerus, Setiu, dan Besut berisiko dilanda banjir sekiranya ombak besar disusuli hujan lebat berterusan.
